Pages

Tuesday 6 May 2014

WOW WOW WOW

WOW WOW WOW.... Itulah kata-kata seorang tuan rumah apabila plaster ceiling rumah nya siap sepenuhnya dan di pasangkan lampu. Terserlah kepuasan hati dengan terbentuknya plaster ceiling yang cantik lagi menarik. Sebab itu lah setiap kali pelanggan aku yang panggil untuk buat renovation rumah mereka, aku selalu tekankan minta depa buat plaster ceiling sekali yang bukan biasa-biasa tapi ada rekabentuk tertentu supaya nanti rasa puas itu akan membuat tuan rumah tersenyum lebar.

Memang kita boleh tambah rumah belakang, buat kabinet dapur yang U shape, L shape, I shape... atau pasang kipas yang mahal-mahal dengan lampu LED yang harganya RM200, tapi kalau tak buat plaster ceiling yang WOW WOW WOW memang bagi aku tak complete kegembiraan masuk rumah baru.

Petang tadi setelah bertungkus lumus nak siapkan rumah member baik aku masa kat universiti dulu, balik tu lebih kurang dalam pukul 6 aku pergi jumpa kawan kat Bertam Perdana 3. Sambil-sambil tu aku sempat bertegur sapa dengan salah seorang tuan rumah yang aku pernah buat ceiling rumah dia tahun lepas. Aku dah lupa sebenarnya design plaster ceiling rumah dia ni, dan aku pun minta la dia tunjukkan untuk aku remind balik. Dan.....  bila buka ja pintu dan dia pasang lampu ceiling dia... mulut aku pun terkeluar perkataan WOW WOW WOW WOW......

Haaaa... kalau hampa nak tau macam mana design dia... aku pun nak share dengan semua. Actually design ni aku cipta special untuk satu rumah ni area bertam perdana 3 juga la tapi aku tak ambik gambar. Dan lepas tu bila customer tengok design ni pakat-pakat nak tiru dan termasuklah kontraktor lain pun tiru juga design ni. Aku tak kisah pun sapa-sapa nak tiru, lagipun mana ada cop pun yang mengatakan yang aku pencipta design tu. Yang aku pasti dan yakin memang aku tak ciplak mana-mana design orang lain masa aku mula-mula buat dulu.


Sebenarnya masa aku kata WOW WOW WOW WOW tu aku terkejut dengan color biru lampu simpan dia tu. Cantik tapi sesetengah orang tak suka color ni, dan aku pun selalu suggest color lampu simpan seeloknya pilih color kuning atau warm macam gambar kat bawah ni. So, hampa bandingkan lah perasan hampa bila memandang dua color lampu simpan ni dengan design plaster ceiling yang sama.



Bagi aku design ni memang sempoi dan best sangat. Sebenarnya aku reka plaster ceiling bentuk macam nie sebab tuan rumah ni berselisih faham dengan isteri dia. Kedua-dua nak pulau dan lampu simpan, cuma yang isteri tak nak CT wood tapi si suami nak ada CT wood. Bila aku tanya isteri dia pasai apa tak nak CT wood, dia kata CT wood akan menggelapkan ruang tamu rumah dia dan dia lebih suka putih semua. Si suami pulak kata dia nak CT wood sebab design terkini dan ada stail. Jadi aku pun cadang kita letak sikit saja CT wood dan lebih kan suasana putih yang si isteri nak. So dipendekkan cerita depa pun amat suka lah dengan design yang aku cadang tu. 

Jadi sapa-sapa yang berminat dengan design kat atas tu boleh lah call atau lebih baik SMS ja sebab bila aku tengah buat kerja aku selalu letak HP merata. 

Zalie - 017 4823283

Sunday 4 May 2014

PROJEK PONGSU SERIBU

Alhamdulillah hari ni ada masa sikit nak update blog ni.

Hari ni aku nak cerita pasal projek renovation yang aku tengah buat dan mungkin dalam tiga hari lagi siap sepenuhnya. Untuk pengetahuan rumah  kat Pongsu Seribu ini jenis Banglo lot atau rumah sebiji sebiji. Jadi ruang dalam rumah ni agak luas dan selesa.

Kat bawah ni adalah gambar kabinet dapur yang berbentuk 'U', bentuk ni boleh dibuat kat rumah ni sebab ruang dapur dia agak luas.






Kabinet dapur ini belum siap sepenuhnya lagi,  kat bawah ni pulak kira dalam 90% siap.



Ok itu untuk kabinet dapur, bagi plaster ceiling pulak tuan rumah pilih jebis lampu simpan dan pulau di tengah untuk ruang tamu dan juga ruang makan manakala cornice bagi bilik 3 dan 4.


Plaster Ceiling ruang tamu


Plaster ceiling ruang makan

Sekarang mari pulak kita tinjau jenis corak grill yang menjadi pilihan tuan rumah.





Untuk kali ini itu sahaja yang dapat aku upload gambar gambar terkini. Nanti bila dah siap sepenuhnya aku akan upload lagi.

Sekian, wassalam

Untuk pertanyaan sila call atau SMS Zalie. 017 4823283



Wednesday 23 April 2014

KOMEN

Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang menjengok ke blog aku yang tak berapa canggih ni. Alhamdulillah hasil daripada ujudnya blog ni ada ramai customer yang call dan email kepada aku bertanya pasal hal renovation rumah ni. Ada yang nak buat plaster ceiling sahaja, ada nak buat grill, kitchen cabinet dan macam-macam la.... terima kasih sekali lagi, insyaAllah aku akan bagi service yang terbaik.

Tapi kepada sesiapa yang aku terlambat bagi harga tu, aku nak minta maaf la sebab aku kena utamakan yang utama dulu iaitu tuan rumah yang dah mendapat kunci rumah. Faham-faham ja la depa ni nak masuk rumah dengan cepat jadi aku kena la kira hak yang depa dulu. Yang nak dapat kunci lambat lagi tu minta sabar sat noooo... Satgi kalau aku silap kira susah pulak.

Dalam banyak-banyak customer yang aku jumpa ada juga yang komen pasal blog aku ni, katanya blog yang aku buat ni memang menarik tapi kurang gambar dan berita-berita terkini samada pasal projek yang aku tengah buat atau gambar-gambar lain. So depa minta kalau boleh post kan lah gambar projek yang sedang dijalankan atau gambar-gambar design plaster siling , kabinet dan lain lain lagi dengan banyak. Sebab kata depa ada yang follow blog aku ni nak sangat baca cerita-cerita terbaru atau idea-idea yang menarik untuk dekorasi rumah depa. Ermmm... cadangan yang menarik juga tu tapi tu lah.... aku ni takdak masa nak buat semua tu. Ada sorang tu pulak bagi pendapat apa kata kalau upah orang ja untuk update blog aku ni. Idea tu bagi aku ok tapi aku tak suka buat mcm tu sebab yang aku suka adalah menulis dari idea aku sendiri, baru nampak original nya... tak gitu.

Jadi kat sini aku nak tahu pulak pendapat orang lain yang menjengok ke blog aku ni. Patut ka aku selalu update blog ni untuk menjayakan lagi business aku atau just update bila perlu saja. Adakah blog aku ni membantu pembeli-pembeli rumah atau tak membawa makna apa-apa pun. Sila emailkan pendapat hampa ke email aku siskaent@gmail.com. Pendapat hampa semua insyaAllah akan membantu aku untuk menilai diri dan memajukan business house renovation ni.

Untuk bonus aku postkan kalli ni beberapa gambar design plaster ceiling yang terkini.





Sunday 13 April 2014

BERTAM PERDANA 3 105

Sudah lebih 2 bulan aku tak update blog ni, memang agak sibuk sikit sejak bulan Febuari yang lalu. Kalau tak sibuk pun aku macam malas sikit nak mengarang kat blog ni sebab tak ada taman baru yang dapat kunci, jadi nak komen pun jadi malas.

Tetapi pada 10 April lepas ada taman kat Bertam Perdana 3 mula diberikan kunci rumah mereka. Apa lagi macam biasa la kita dapat tengok geng-geng cina mula tunggu kat tepi jalan untuk serang tuan rumah dengan offer yang menarik pada harga yang menarik juga. Geng-geng aku pun mula la dok call ajak aku join sekali cari customer. Mula nya aku memang semangat tinggi nak join member untuk jumpa tuan rumah tapi entah la dari hari khamis sampai ahad aku ada je kerja-kerja nak kena buat. Kepada kawan-kawan aku minta maaf la ye.

Actually aku baru je close satu job kat Taman Orkid Pongsu Seribu, dan tuan rumah ni nak aku siapkan kerja renovation dengan cepat sebab katanya dia orang dah tak larat nak bayar sewa rumah. Jadi aku terpaksa la aturkan jadual kerja dan concentrate semua masa aku kat rumah Pongsu Seribu buat masa ini. Untuk Taman Bertam Perdana 3 insyaAllah Isnin atau Selasa aku akan pergi sana.

Pagi-pagi tadi aku ada juga pergi round tengok suasana kat Bertam Perdana 3 ni, perrghh nampak ada beberapa buah kereta masing-masing menunggu tuan rumah. Ada di kepala simpang, ada di tengah lorong dan ada sebuah tu kat depan rumah. Takpa lah mereka cari makan macam aku juga, tapi aku dengar cerita mereka dah letakkan harga yang cukup murah untuk pemasangan grill, dalam lingkungan harga RM2100 jer. Memang harga tu murah, untung la tuan rumah sebab dapat harga yang paling rendah. Namun harus diingat ini lah taktik awal mereka. Seperti pada tulisan aku yang lepas, antara syarat-syarat kontraktor renovation ialah mana-mana kontraktor tidak boleh memasuki rumah yang telah dipasang banner samaada untuk membuat kerja-kerja lain atau hanya untuk berbincang apa-apa kerja selain dari kerja kontraktor pertama. Dan syarat ini tuan rumah tidak pernah tahu.

Jadi, pancing mereka memang lah dengan memberi tawaran pemasangan grill pada harga terendah dan selepas itu jika tuan rumah nak membuat kerja-kerja yang lain maka pada masa itulah harga akan melambung tinggi dan mereka mangaut keuntungan yang banyak. Sebab kami dari kontraktor lain bila melihat sahaja ada banner telah di pasang di depan pagar rumah maka kami secara automatik tidak akan pergi bertanya atau berbincang dengan tuan rumah tersebut. Jadi apa-apa kerja lain selepas itu, kena lah merujuk kepada kontraktor yang sama sahaja. Yang aku paling kesian bila ada juga kontraktor cina ni yang minta izin konon nya nak tumpang letakkan banner kat depan rumah sekejap, dan dengan tak tahu apa-apa tuan rumah pun izinkan sebab bagi mereka apa salahnya nak pasang iklan ja. Tapi dalam tak sedar mereka sebenarnya telah memerangkap diri mereka sendiri. So kena sentiasa ingat jangan benarkan sesiapa memasang banner kat pintu pagar rumah anda selagi tiada kata setuju tentang kerja-kerja renovation di rumah anda. Kerana selagi banner ada selagi itu anda tidak boleh bertukar kontraktor walaupun anda tak ada apa-apa ikatan secara bertulis.

Untuk penghuni perumahan Bertam Perdana 3 yang baru mendapat kunci, kat sini aku ada satu offer menarik kepada kau orang semua. Aku edarkan kepada kau orang semua satu envelope dan di dalam envelope itu ada pamplete berkenaan syarikat aku dan kerja-kerja yang aku tawarkan. Dan beserta dengan itu juga ada PAKEJ PROMOSI  yang aku bagi untuk kerja-kerja renovasi bagi rumah tersebut. Kerja-kerja yang merangkumi kerja seperti berikut;

      1.  PEMASANGAN GRILL SELURUH RUMAH
      2.  PLASTER CEILING DENGAN DESIGN TERKINI LUAR DAN DALAM RUMAH
      3.  PEDAWAIAN ELEKTRIK BAGI DOWN LIGHT DAN KIPAS SERTA PEMASANGAN
      4.  TINTED TINGKAP 
      5.  KABINET DAPUR ATAS DAN BAWAH LENGKAP DENGAN DAPUR DAN HOOD

Harga terbaik yang aku boleh tawarkan adalah RM 19,500.00

Harga tersebut adalah tertakluk kepada terma dan syarat iaitu;

i. Besi bagi grill adalah besi biasa bukannya jenis Rod Iron. Tetapi tuan rumah boleh pilih apa-apa design namun ada had nya la jugak. Kalau bunga terlalu banyak kena tambah la sikit. Grill untuk pintu belakang pun tiada sebab pintu tu pun dah pintu besi dah, kalau pasang grill lagi nanti mengusahkan anda untuk keluar masuk lagipun ruang belakang tu pun sempit ja. Kalau nak rod Iron pun boleh tapi kena tambah sikit ja pada harga tu.

ii. Plaster ceiling boleh pilih apa-apa desing tapi yang CT Wood tu untuk satu tempat sahaja samada kat ruang tamu atau ruang makan. Bagi L box lampu simpan boleh lebih dari satu tempat. Tapi untuk rumah ko orang tak payah la bubuh lampu simpan tu kat ruang tamu sebab nanti susah nak tukar mentol kalau terbakar, cceiling dia tu tinggi sangat.

iii. Pendawaian elektrik hanya yang melibatkan Plaster Ceiling sahaja. Lain-lain tempat macam kat dinding ka atau kat tiang ka atau nak tambah plug point ka kira harga lain. Lampu dan kipas tuan rumah kena beli sendiri tetapi harga ini hanya untuk pemasangan lampu down light jenis flourecent. Kalau lampu LED dan lampu hiasan yang susah kena tambah sikit.

iv. Kabinet dapur pulak jenis biasa sahaja yang cantik dan menarik. Table top jenis tile 2 kaki sahaja. Kalau nak jenis Granite atau Quadstone dan solid wood boleh bincang dengan designer. Harga pasti menarik.

Dan HAHAHAH PROMOSI PROMOSI PROMOSI LAGIIII.... jika anda bersetuju untuk membuat keseluruhan pakej ini hadiah berupa cadar Patchwork dengan design aku pilih sendiri akan diberikan secara percuma. Dah nama pun hadiah mesti la percuma kan.

Jadi call aku segera atau boleh SMS ja kalau aku tak jawap call, mungkin sebab aku tengah susun bata masa tu atau sibuk dok tarik wiring kat ataih siling. INGAT... pasal hadiah tu kena bagitau atau peringat kat aku, kalau tak bagitau madsudnya anda tak baca blog ni sebab kat dalam pamplete tu aku tak tulis pun pasal hadiah. Maksudnya hanya yang membaca blog aku sahaja yang dapat hadiah ni dan hanya untuk penghuni BERTAM PERDANA 3 sahaja. Taman Orkid Pongsu seribu ... minta maaf anda tiada hadiah nie... Bagi taman Casa Impiana Bertam Putra... anda lambat lagi nak dapat kunci, so tungguuuuuu.... mungkin hadiah lain pulak aku akan bagi atau takda hadiah..... tengok mood aku nanti.

Kepada penduduk Bertam Perdana 3 yang tak nak buat pakej keseluruhan tu jangan la pulak tak nak call aku. Aku buat juga kerja-kerja pasang grill sahaja atau plaster ceiling yang biasa-biasa sahaja. Call la aku untuk dapatkan harga yang menarik dari aku. Cuma hadiah ja tak ada tapi InsyAllah harga pasti menarik.

Lagi satu, kerja pecah-pecah melibatkan simen dan bata pun aku buat juga. Macam rumah Kau orang tu aku badget kos untuk pecah dapur yang lorong tepi tu dan naik semula bangunan beserta bumbung dan tile dalam tak sampai RM5,000. Kalau masuk pakej aku berani bagi RM4,500. Dan mungkin kena tambah sikit pada bahagian kabinet dapur sebab kabinet dah jadi semakin panjang. Kita boleh budget semua sekali dalam RM 25,000.00.

Ok, aku dah bagi harga dan budget serta promosi hadiah aku untuk kau orang semua penghuni Taman Bertam Perdana 3, jadi boleh la merujuk kepada kontraktor yang lain pulak untuk membuat perbandingan. Tak salah untuk mendengar harga dari beberapa kontraktor demi kebaikkan tuan-tuan semua. Tapi berwaspada sebab dah ramai yang kena tipu. Manis-maniskan lah mulut untuk bertanya kepada jiran anda yang dah lama tinggal kat sana.

Sekian wassalam.

ZALIE   -  017 4823283
Email     -   siskaent@gmail.com


CONTOH CADAR PATCH WORK






Tuesday 4 February 2014

BERTAM PERDANA 3

Ada satu projek buat plaster ceiling kat Bertam Perdana 3 yang baru selesai. Ini gambar-gambar yang aku ambil....


Pada ruang tamu tuan rumah pilih design CT Wood serta pulau dengan lampu simpan yang sangat menarik. Lampu jenis T5 yang akan dipasang pada ruang tersimpan apabila di nyalakan akan menonjol bentuk pulau bagi ceiling di tengah. Manakala CT Wood akan memberi satu warna pada ceiling pada waktu siang. Ada orang yang risau warna gelap CT Wood akan menggelapkan ruang, jawapannya adalah tidak sama sekali kerana masih terdapat ceiling berwarna putih yang lebih banyak berbanding CT Wood.




Pada ruang makan pula, design jenis light trap L box telah di pilih. Design ini walaupun simple tapi akan  mendatangkan mood seperti berada di raung makan hotel jika lampu simpannya di pasang. Tambahan lagi jika di pasang lampu jenis T5 yang watt nya rendah supaya nampak suram dan romantik. Untuk mencerahkan lagi ruang ini juga di pasang Downlight sebanyak 6 unit.


Ini pula bentuk ceiling pada bahagian laluan dari ruang makan ke ruang Dapur. Lubang berukuran 9 inchi itu akan di letakkan lampu down light dan apabila di nyalakan ianya akan menyerlah ruang laluan ini seperti ruang laluan yang terdapat pada hotel 5 bintang. Kalau nak lebih menarik lagi diantara lubang-lubang tersebut di pasang lampu hiasan jenis gantung kirstal. Memang akan menyerlahkan ruang ini yang selalunya tidak di pandang atau dihiraukan.




Tuan rumah ini memang mempunyai citarasa mewah. Pada bahagian porch beliau tidak sahaja memasang ceiling yang sekata tetapi meletakkan design yang sekali pandang ia nampak mewah dan menarik sekali. Secara jelasnya kita akan nampak designnya dari jauh lagi dan design ini memang cantik sekali.

Pada ruang bilik dan dapur hanya dipasang dengan cornice sahaja.

Habis sahaja projek rumah ini, kini aku sedang menjalankan kerja ubahsuai tak jauh dari rumah ini tapi design rumah yang berbeza. Kita tunggu hingga rumah ini siap mungkin dalam 3 minggu dari sekarang kerana kerja-kerja ubah suai rumah ini agak banyak juga yang aku kena buat.

Untuk pertanyaan sila hubungi aku ZALI 017 4823283

Sunday 26 January 2014

GAMBAR PLASTER CEILING

Kat sini ada beberapa gambar plaster ceiling hasil kerja aku... sebenarnya ada banyak lagi tapi aku tak ambil gambar...





Sunday 19 January 2014

ENGLISH STYLE

Hari ini aku di jemput oleh seorang kawan kontraktor binaan untuk melawat sebuah rumah Semi D 2 tingkat yang diubah suai menjadi banglo bertema English Style. Rumah yang asalnya 2 unit berkembar telah di pecah menjadi sebuah rumah yang kemudiannya di make over hingga menjadi sebuah banglo yang cukup cantik. Masa aku melawat tadi, rumah ini baru 50% siap tapi dah nampak citarasa tuannya yang cukup tinggi. Dengan tiang-tiang besar ala kota lama rome yang di pasang disekeliling rumah yang katanya di tempah khas menampakkan kemewahan yang bakal terserlah bila siap sepenuhnya nanti.

Bila naik ke atas tengok dinding luar yang dibalut degan papan shera berupa kayu cukup menaikkan budaya english pada rumah ini. Di tambah pula dinding setebal 9 inci dan dikemaskan dengan hiasan pada bingkainya menyerlahkan kemewahan penghuninya. Aku rasa pemilik rumah ini memang terlalu teliti dalam mereka bentuk setaiap sudut agar hasilnya tidak nampak cacat celanya. Yang mana bahagian tiang yang harus diserlahkan telah di tonjol dengan jelas. Selain itu dikatakan Jubin bumbungnya juga telah di import dari luar negara.



Tingkat bawah memperlihatkan tiang-tiang ala Rome dikeliling rumah



Tingkat atas dengan balkoni yang luas dan kemasan dinding yang menarik

Plaster ceilingnya juga direka khas mengikut citarasa pemilik rumah ini, dengan memilih CT wood finish pada bahagian tertentu telah memberi satu impak English style pada ruang dalam rumah ini. Pada ruang tangga di pilih design CT Wood melengkung dan akan diletakkan lampu hiasan ala English yang menarik. Pada bilik utama pula design CT Wood yang cantik dan katanya tuan rumah sendiri yang melakarkan design ini. Paling berbeza adalah 2 bilik belakang dimana hampir 90% ceilingnya di pasang CT Wood. Pada tingkat bawah Ceiling Plaster belum dipasang namun katanya design nya juga adalah tersendiri mengikut ruang-runag yang telah di tetapkan.

Plaster Ceiling pada bilik utama

Plaster ceiling bilik utama yang satu lagi

Ini ceiling pada bhgian tangga yg akan dipasang lampu hiasan



Ceiling pada 4 bilik yang lain

Ciri-ciri English bukan sahaja pada rekaan dalam rumah sahaja, pemilik ini juga teliti pada rekaan pagar rumahnya. Tiang pagar dibina dari bata merah biasa tanpa di plaster, dan finish dengan simen putih diantara bata-bata merah tersebut. Pagar pula dibina khas daripada konkret berupa tiang-tiang cerucuk yang tajam pada hujungnya. Pagar ini masih belum dicat, aku yakin bila dah siap nanti mesti cantik punya.


Tiang pagar yang nampak kukuh dan sempoi

Ada banyak bahagian lagi yang belum siap, nanti bila dah 90% siap aku akan datang lagi untuk ambil gambar dan post kan kat sini untuk jadi contoh pada semua orang. Aku nak tengok macam mana pemilik rumah ini design untuk pintu rumah dan tingkap sebab katanya memang ada special permintaan. 

Ok lah semoga anda semua mendapat manafaat untuk mereka cipta rumah kalian.

Sekian

Thursday 16 January 2014

TAMAN ORKID

Hari ini 16 Januari 2014 adalah hari yang susah nak cakap kepada pembeli rumah TAMAN ORKID Pongsu Seribu Kepala Batas. Sepatutnya hari ni hari gembira la bagi pembeli rumah Banglo Taman ni sebab hari ini adalah hari pemberian kunci kepada mereka daripada PEMAJU. Tapi aku tengok mereka  ni macam tak gembira ja... mahu taknya kunci hanya diberi sekejap ja untuk tuan rumah check defect rumah tersebut dan lepas itu kunci kena diserahkan semula bersama laporan defect mereka. Jadi maksudnya tuan rumah hanya ada masa sekejap sahaja atau lebih tepat lagi hanya satu hari sahaja untuk berangan, merancang dan menikmati keseronokan rumah baru. Bertambah-tambah lagi kecewa apabila masuk saja ke dalam rumah tengok rumah boleh dikatakan belum siap sepenuhnya lagi terutama bahagian wiring yang boleh nampak suis dan plug point masih belum terpasang... ADUHHH sakit mata aihhhhh. Yang paling kecewa kata mereka kualiti finishing kurang MANTAP!!!!!!...

Bagi pendapat aku masa 1 hari atau beberapa jam sahaja belum cukup untuk check semua defect yang terdapat kat rumah tu samada luar ataupun dalam. Tambahan lagi hari ini adalah hari kerja dimana kebanyakan owner keluar sekejap waktu kerja untuk tengok rumah. Jadi dah tentulah fikiran mereka tak teliti masa buat pemeriksaan sebab kalut ingat nak masuk kerja balik dan pada masa yang sama nak control pakaian lagi takut kotor. Kalau buat hari cuti owner boleh la dress pakaian yang lebih sesuai untuk buat check yang lebih detail. Tapi apa boleh buat... aku faham perasaan tuan rumah masa dapat kunci sebab aku pernah melaluinya. Memang excited dan teruja sangat sangat.

Apapun aku nak bagi sikit tip la kepada owner rumah yang baru dapat kunci rumah. Tip ni aku kongsi berdasarkan pengalaman aku buat kerja kontraktor binaan dan ubah suai rumah.

TIP MASUK RUMAH BARU.

1.  Pertama kali masuk rumah, anda buat lah lawatan keseluruh rumah dahulu untuk perkenalkan kepada rumah tersebut bahawa andalah tuan rumah tersebut. Jangan fikir pasal defect lagi, masuk kesetiap bilik dan ruang yang ada. Menjiwai dan kenal pasti setiap ruang yang ada mana satu ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik utama, bilik air dan sebagainya. Lepas habis dalam rumah, buat pulak lawatan keluar rumah dari hadapan hingga ke belakang.

2. Masa buat checking defect, buatlah mengikut ruang-ruang tertentu satu persatu. Mulakan dengan ruang yang utama dan seterusnya hinggalah ruang yang kurang digemari. Tulis pada borang defect dengan jelas agar dapat dibaca dan seeloknya ambil gambar defect tersebut. Sering berlaku tulisan bersambung atau ringkas sehingga orang tak tahu apa yang dimaksudkan akibatnya defect tersebut akan di tinggalkan dan ada kalanya kontraktor akan tinggal terus tanpa memperbaikinya. Kalau rajin, gambar yang di ambil itu diprintkan dan disertakan sekali bersama borang defect. Gambar ini juga boleh menjadi rujukan bila kita membuat pemeriksaan kali kedua.

3. Rumah yang baru mesti tiada bekalan air dan bekalan air akan disalurkan setelah kita mendaftar dengan PBA. Biasanya yang berlaku terutamanya bagi yang nak membuat ubahsuai rumah, semasa meter dipasang tuan rumah sudah pun berurusan dengan kontraktor renovation dan kunci pun sudah diserahkan. Dan yang terjadi adalah apabila meter dipasang dan paip air di buka untuk digunakan oleh kontraktor renovation, perbagai masalah sistem pempaipan dikenalpasti. Antara masalahnya adalah paip bocor dalam dinding, air tidak naik ke tangki, tandas sumbat, bilik air sumbat, singki dapur sumbat dan macam-macam lagi. Yang masalahnya adalah... kontraktor renovation tak bagi main kontraktor masuk rumah untuk buat pembaikan sebab takut kerja-kerja mereka terganggu. Dan ada kes yang mana main kontraktor kata ianya berpunca dari kontraktor renovation. So .... yang sakit kepala adalah tuan rumah. Nasihat aku, kalau boleh masa check defect tu bawalah sedikit air untuk test flow air yang ringkas-ringkas macam kat singki, toilet dan dapur. Dan jangan benarkan kontraktor renovation masuk kerja sebelum anda check sistem paip terlebih dahulu, kemudian report kepada Pemaju untuk dipercepatkan kerja pembaikan kerana kontraktor renovation nak mula kerja.

4. Bagi masalah tile pulak, ada kalanya aku tengok owner ni keterlaluan sangat masa check tile. Nasihat aku check biasa-biasa sudah contoh nya kenalpasti tile yang pecah atau retak sahaja. Ketuk dengan kayu pada tile itu adalah kaedah yang bagus tapi jangan terlalu detail sampai menyusahkan kerja pembaikan. Yang kosong sikit-sikit tu tak payah lah nak complain.

5. Seterusnya tip ini kebanyakan owner tak buat sebab malas atau tak tahu yang benda ni pun kena check juga iaitu ukuran setiap bahagian rumah adakah mengikut plan yang ada dalam kontrak. Pernah terjadi pada aku dulu dimana ukuran bilik air bilik utama lebih kecil daripada ukuran yang terdapat dalam plan yang diberi. Dan apabila di pinda mengikut ukuran sebenar, ternampak pula beam seketul kat tengah-tengah bilik air. Memang tak cantik sangat tapi apa boleh buat, nasib baik dalam bilika air, hanya aku dan isteri sahaja yang masuk. So, tuan-tuan buat lah ukuran sebab kalau lari 1 kaki pun kita dah rugi terutama bahagian keluasan tanah.

6. Bila anda masuk rumah on the first day, anda akan di datangi oleh kontraktor-kontraktor renovation seperti aku. Nasihat aku adalah DENGAR dan BERBINCANG dengan mereka tapi jangan sekali-kali bersetuju pada ketika itu juga dengan tawaran yang diberikan. Memang mereka akan offer pelbagai benda terutamanya hal harga dan selalunya mereka akan kata 'offer ini untuk hari ini sahaja' atau 'offer ni kasi untuk you sahaja sebab mau buat rumah contoh'. TOLONG!!!!!! jangan terpedaya. Ada juga yang beberapa orang datang dari kumpulan yang sama tapi dengan harga yang berlainan. First dia orang akan offer dengan harga tertentu dan tidak berjaya, kemudian akan datang lagi seorang dan offer harga yang sedikit rendah dari yang pertama, namun tak berjaya juga. Dan anda tangok mesti akan ada orang ketiga dan menawarkan harga yang sama atau sedikit rendah. Dalam anda tidak tahu sebenarnya mereka adalah dari syarikat yang sama. Kerja yang macam ni biasanya cina yang buat. INGAT... anda harus tahu dengan jelas kerja-kerja renovasi yang bagaimana yang akan dibuat, jangan ambil mudah dengan berkata 'ikut awaklah'. Nanti lain yang diharap lain pulak yang dapat. Seeloknya kumpul beberapa harga dan berbincang terlebih dahulu, lambat sikit tak apa asalkan kerja kualiti dan harga terbaik. DAN jangan juga beranggapan harga rendah bagus dan harga tinggi kontraktor nak ambil kesempatan. Kaji dan selidik dulu siapa kontraktor tersebut dan baru buat keputusan.

7. Yang ini semua owner rumah tak tahu, termasuklah aku dulu masa mula-mula buat renovation. BACA BETUL-BETUL DAN FAHAMKAN. Bagi  kontraktor renovation syarat ini diamalkan

 "Mana-mana rumah yang telah di pasang banner renovation oleh syarikat tertentu, maka syarikat lain tidak boleh berbincang atau menawarkan harga kepada tuan rumah tersebut bagi apa-apa kerja renovation di dalam rumah tersebut walaupun kontraktor yang memasang banner tersebut hanya membuat kerja memasang grill sahaja. Kerja-kerja lain seperti palster ceiling, wiring, kitchen cabinet dan sebagainya, tuan rumah mestilah merujuk kepada kontrak yang syarikatnya ada pada banner yang dipasang. INGAT... bukan setakat tak boleh buat kerja, pergi berbincang pun TIDAK BOLEH. Kecuali setelah banner tersebut di tanggalkan samada oleh tuan rumah itu sendiri atau kontraktor renovation". 

JADI, jangan sekali-kali membenarkan kontraktor renovation memasang banner pada pagar rumah selagi anda tidak bersetuju dengan apa-apa kerja. Kadang-kadang mereka minta kebenaran kepada tuan rumah untuk pasang banner kononnya nak buat iklan tapi anda tak tahu bahawa anda telah menutup peluang untuk mendengar tawaran dari syarikat lain. TAPI, kalau dah setuju dengan kerja renovasi yang nak dibuat, anda kena benarkan banner dipasang.

Aku rasa itu sajalah tip untuk kali ini, nanti kalau aku ada terfikir tip-tip yang lain aku akan tambah.

Bagi yang meminta gambar grill dan plaster ceiling di upload kat sini, insyaallah akan aku usahakan. Rasa memang kaedah itu akan memudahkan customer aku buat pilihan dan mentelaah design-design yang mereka suka.

Sekian untuk kali ini.


Wednesday 15 January 2014

FIRST START 2014

Semalam 15 Januari 2014 merupakan hari yang agak sibuk dari pagi hingga lewat petang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun 1 appointment tak dapat ditunaikan. Syukur kepada Allah yang memberi kemudahan dan kelancaran kerja hingga apa yang dirancang kemarin terlaksana seadanya.

Pagi aku pergi site visit kerja cuci bangunan di UiTM Permatang Pauh jam 10.30 am telah di hadiri oleh 83 wakil syarikat. Memang agak banyak juga, dan ada juga dari company yang terkenal samada dalam bidang pencucian bangunan mahupun bidang-bidang lain. Yang aku perasan banyak syarikat dari bidang construction yang hadir.

Aku pulak pergi atas nama syarikat yang baru iaitu HM SYNERGY SDN BHD, Syarikat ni sebenarnya baru ditubuhkan pada tahun 2012 dan hingga kini syarikat ini masih belum menjalankan apa-apa projek tapi kalau tengok akaun syarikat memang duit ada keluar dan masuk. Biasa la, aku rasa bagi yang berpengalaman mereka tahu kenapa aku buat macam tu. Tapi bagi yang tak tahu aku ringkaskan kat sini untuk sama-sama kita belajar. Syarikat yang baru ditubuhkan dalam masa 1 tahun memang sukar untuk mendapatkan projek terutama projek yang melibatkan tender terbuka kerajaan atau swasta walaupun kadang-kadang menawarkan harga yang terbaik. Jadi biasanya syarikat yang baru ditubuhkan ni akan menjalankan kerja yang ditawarkan secara perbincangan terus oleh pelanggan yang selalunya dari syarikat kawan-kawan yang lain atau direct order dari kerajaan yang nilainya ciput-ciput sahaja. Dan yang memberi projek ini tidak melihat pada profile syarikat tapi lebih kepada pengalaman orang yang mengendalikan syarikat.

Bayangkan la kalau baru tubuh sebulan tapi nak masuk tender yang juta-juta atau tak pun ratusan ribu, macam mana kita nak tulis kat dalam company profile pada ruang pengalaman kerja. Jadi orang yang nak buat penilain pun akan hilang keyakinan untuk menawarkan kerja. Untuk itu kita kenalah tubuhkan syarikat dan rolling duit bagi nampak macam ada projek yang syarikat tersebut kendalikan. Tapi ada juga yang pilih jalan singkat dengan membeli syarikat yang sudah ditubuhkan bertahun-tahun lamanya. Namun harga yang ditawarkan untuk kes macam ini memang agak mahal sikit tambahan lagi kalau syarikat tersebut telah berdaftar dengan badan-badan kerajaan contohnya MOF, SIRIM, BUMIPUTRA dan lain-lain. Bagi HM SYNERGY SDN BHD yang telah berdaftar dengan MOF dan bertaraf BUMIPUTRA,  ini adalah kali pertama site visit dan aku harap aku akan masuk tender ini just untuk test market.

Lepas site visit kat UiTM aku kena balik pulak ke Bertam sebab terlupa ambik kunci Go Kart, agak rugi masa sikit la sebab aku sepatutnya terus ke Kulim untuk pasang Go Kart yang lagi satu untuk di bawa balik ke Bertam. Mengikut jadual lori akan sampai dalam  jam 3.00 pm, jadi aku kesuntukan masa untuk pasang kalau lori betul-betul sampai pada masa itu. Dipendekkan cerita aku dapat settlekan Go Kart dan segala urusan di MSI ni pada pukul 5.00pm. Lepas Asar baru aku keluar dari MSI Kulim, tetiba saja dapat call pulak dari tuan rumah kat Bertam yang mereka dah sampai kat lokasi untuk bincang pasal projek renivation. Pulak dah... aku terlupa yang aku janji nak jumpa pukul 5 petang dan satu lagi pulaj janji pukul 6 ptg kat lokasi yang sama tapi rumah lain-lain. Akhirnya aku hanya sampai ke lokasi janji pertama pada jam 6 ptg, duduk discuss punya lama sampai pukul 7 lebih, so janji dengan yang sorang lagi tu terpaksa la aku batalkan sebab dah lewat sangat.

Sembang lama tu bukan pasal apa, nak close projek dengan customer kena la bagi info lebih agar tidak salah faham nanti. Biar kedua-dua pihak faham dan jelas seterusnya setuju dengan kerja-kerja yang akan dijalankan. Akhirnya aku berjaya close juga projek yang bernilai RM15k. Syukur Alhamdulillah......

Satu hari yang memenatkan tapi hasil yang sangat positif. Antara kerja renovation yang dipersetujui adalah;

1.  Plaster ceiling
2. Wiring lampu downlight serta pasang
3. Grill
4. Tinted
5. Tambah plug point dan astro point
6. Pecah tingkap dan ganti dinding konkret serta pasang tile
7. Ubah suiz lampu dan pasang suiz yang lebih cantik
8. Tempat untuk washing machine





Tuesday 7 January 2014

PERMULAAN 2014

Permulaan 2014 yang tetiba ja jadi sibuk. Walaupun penutup 2013 agak memeningkan kepala dengan masalah kerja kat sana dan kat sini yang mencabar minda tapi alhamdulillah 2014 datang dengan memberi cahaya rezeki yang lebih baik Insyaallah. Permintaan dari customer agak mencabar minda tapi aku yakin dengan usaha yang sedikit lebih mungkin menghasilkan kejayaan yang besar.

Mahu tak pening kepala bila customer aku minta aku propose macam mana nak kurangkan penggunaan elektrik bagi keseluruhan bangunan di bawah seliaan mereka. Dengan bahasa yang lebih difahami kerja aku kena design a new POWER MANAGEMENT SYSTEM. Mereka ni ada masalah apabila banyak lampu, kipas, aircorn dan lain-lain bagi bilik-bilik meeting, toilet, pejabat dan sebagainya selalunya terpasang walaupun tiada orang di dalamnya. Jadi untuk menyelesaikan masalah itu, satu kaedah terbaik perlu dipasang contohnya pasang sensor ke, atau apa-apa mekanisme yang boleh mengawal pengunaan elektrik.

Fuhh... nampak macam senang tapi bila aku mendalaminya... perhhhh ... pening juga sebab setiap bilik yang dimaksud mempunyai kretiria yang berbeza. Jadi aku tak boleh nak propose satu design untuk di pasang bagi semua bilik. Aku kena katogerikan bilik-bilik dari segi penggunaa dan kemudian baru design system untuk bilik-bilik tersebut.... Harap-harap aku dapat solution terbaik untuk kerja ini.

Belum selesai hal di atas tu tetibe je partner aku bagitau yang customer lain plak call minta proposal untuk buat maintenance bagi medical equipment kat tempat mereka. Actually kerja ni memang kami dah plan nak buat dari tahun 2012 lagi, tapi tak sangka pulak masuk ja 2014 hasrat tu seolah macam akan tercapai. Yang bestnya minggu lepas ja aku baru draf surat bagi permohonan untuk membuat sevice maintenance kat tempat tu. Tak sangka pelak yang mereka seolah-olah mendengar dan merasa apa yang aku sedang buat. Hari ni partner aku pergi meeting dengan mereka, harap ada positive news esok.

Apapun kerja membekal 2 unit tong sampah RORO untuk MPPP dah selesai, coming soon mereka order lagi sebiji pulak dan insyaallah 2 hari lagi boleh hantar. Kerja membekal yang lain-lain pun dah dapat payment macam Air Compressor 10Hp, filter dll.




SEBUT HARGA 1/2014

Baru bagi quotation kat sorang customer .... harap-harap dia setuju dengan harga tu...


Monday 6 January 2014

GO KART

Baru-baru ni install go kart 4 unit untuk Malaysia Spain Institute Kulim. Best sangat masa test drive go kart ni.



Go kart masih dalam kotak


Sedang di pasang .. kapasiti engine 150 cc


Dah siap..... wow menarik tuuu

Sapa berminat nak beli boleh call ZALI 017 4823283

PLASTER SILING

Berikut adalah gambar bagi design PLASTER SILING yang telah di buat;






Hubungi ZALI / 017 4823283

Pengenalan

Syarikat WAWASAN SISKA ETERPRISE ditubuhkan pada tahun 2011 yang beralamat di Kepala Batas Pulau Pinang. Syarikat ini pada awalnya dirubuhkan bagi menjalankan perniagaan pemasangan PLASTER SILING bagi rumah-rumah sekitar Kepala Batas. Setelah 2 tahun umur syarikat ini, kini perniagaan SISKA ENTERPRISE telah berkembang dengan menawarkan khidmat ubahsuai rumah secara keseluruhannya dari kerja-kerja simen, besi, palster siling dan pendawaian elektrik. Hingga kini syarikat ini masih mengutamakan pelanggan sekitar kawasan Kepala Batas, namun ada juga beberapa projek yang dilaksanakan di area Sungai Petani. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat nasihat dari segi harga dan design terutama plaster siling boleh menghubungi saya di talian berikut 017 4823283 (Zali)